DASAR PRIVASI APLIKASI "Music Pro"

Dasar Privasi ini terpakai kepada aplikasi "Music Pro" ("Aplikasi"). Aplikasi Music Pro membolehkan anda menukar format runut yang anda rakam pada Xperia kepada kualiti studio profesional Sony Music. Anda boleh mensimulasikan bunyi mikrofon tiub vakum Sony dan gema studio Sony Music dan mengeluarkan hingar menggunakan teknologi pemisahan audio yang dibangunkan secara khusus.

Dalam Dasar Privasi ini, kami menggunakan “SONY,” "kami," "kita" dan “kami sendiri” merujuk kepada Sony Corporation. “Ahli Gabungan SONY” bermaksud Sony Corporation, iaitu syarikat induk utama syarikat kumpulan Sony dan mana-mana entiti undang-undang yang dikawal oleh Sony Corporation. SONY dan Ahli Gabungan SONY akan dirujuk secara kolektifnya sebagai “SONY Group”. Istilah “kawal” dalam konteks ini bermaksud pemilikan langsung atau tidak langsung sekurang-kurangnya lima puluh peratus (50%) daripada kepentingan undi dalam syarikat sedemikian atau kuasa sebenarnya untuk mengawal keputusan pengurusan entiti sedemikian.

1.RINGKASAN PERKARA PENTING

  • Kami akan menggunakan Data Terkumpul (ditakrifkan di bawah) untuk menyediakan ciri dan fungsi Aplikasi kepada anda, dan untuk menyediakan kandungan lain yang diminta berkaitan dengan perkhidmatan kami dan tawaran lain kepada anda. Kami juga menggunakan Data Terkumpul untuk menambah baik dan membangunkan produk dan perkhidmatan semasa dan masa depan SONY Group. Baca Bab 2 untuk maklumat lanjut.
  • Dasar Privasi ini juga menerangkan hak perlindungan data anda, termasuk hak untuk membantah terhadap sesetengah pemprosesan yang dijalankan oleh SONY. Maklumat lanjut tentang hak anda boleh didapati dalam Bab 9.
  • Kami mendedahkan Data Terkumpul apabila kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data bagi pihak kami, apabila perkongsian sedemikian dikehendaki oleh undang-undang, atau dalam keadaan lain yang tertentu. Baca Bab 4 untuk maklumat lanjut.
  • Bergantung pada lokasi anda, Data Terkumpul mungkin dipindahkan keluar dari negara/rantau anda ke Amerika Syarikat, Jepun dan bidang kuasa lain yang mungkin tidak memberikan tahap perlindungan data yang sama seperti di negara/rantau anda. Baca Bab 6 untuk maklumat lanjut.

2. APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI PEROLEH?

Kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat atau data yang diterangkan di bawah, sesetengahnya mungkin boleh dianggap sebagai maklumat peribadi di bawah undang-undang terpakai dalam bidang kuasa anda (secara kolektif, “Data Terkumpul”), berkaitan dengan penggunaan anda terhadap Aplikasi.

(i) Maklumat tentang data log masuk anda (untuk pengesahan pengguna) pada Aplikasi

  • Alamat e-mel
  • Nama Penuh Anda
  • ID Android

(ii) Maklumat tentang pembelian data anda dalam Music Pro (untuk pengebilan):

  • Sejarah pembelian anda berkaitan pembelian Aplikasi melalui Google Play.

(iii) Maklumat tentang data prestasi muzik (untuk menyediakan perkhidmatan Penalaan studio):

  • Trek bunyi (termasuk suara) yang anda muat naik melalui Aplikasi

(iv) Maklumat tentang sejarah penggunaan Aplikasi anda (untuk pengebilan dan penyediaan perkhidmatan Music Pro):

  • Log penggunaan anda (ini termasuk pilihan Penalaan studio yang dipilih)

(v) Maklumat tentang titik hujung yang dicipta daripada token peranti (untuk notis tolak kepada anda untuk memaklumkan runut bunyi anda telah selesai dalam Penalaan studio)

  • Antara muka untuk Amazon Web Service dicipta daripada token peranti. (Data ini mendayakan pengenalan peranti)

(vi) Maklumat tentang status penggunaan Aplikasi anda (untuk penambahbaikan Aplikasi)

  • Ralat semasa Penalaan studio
  • Pilihan Penalaan studio yang dipilih
  • Masa perkhidmatan diakses
  • Saiz fail bunyi yang dirakam
  • Sebab pengguna membatalkan penggunaan Aplikasi

3. BAGAIMANAKAH SONY MENGGUNAKAN DATA TERKUMPUL?

Kami menggunakan Data Terkumpul untuk tujuan yang berikut melainkan data tersebut dinyahnamakan agar data tersebut tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda. Kami menggunakan data yang dinyahnamakan sedemikian tanpa batasan.

(i) Untuk mengendalikan dan menyediakan ciri/fungsi Aplikasi dan perkhidmatan yang berkaitan.

Kami menggunakan Data Terkumpul untuk mengendalikan dan menyediakan ciri/fungsi Aplikasi dan perkhidmatan yang berkaitan, seperti untuk:

  • menyediakan perkhidmatan pelanggan, contohnya dengan menghantar pemberitahuan berkaitan Aplikasi (cth. ciri/kemas kini baharu) dan memberi tindak balas kepada pertanyaan/permintaan anda;
  • mengesan, mencegah dan mengurus kemungkinan berlakunya ancaman keselamatan dan aktiviti yang dilarang dan untuk melindungi atau menguatkuasakan hak, harta, keselamatan atau perlindungan diri kami dan orang lain;
  • mematuhi obligasi undang-undang kami;
  • menentusahkan dan mengesahkan pembayaran;
  • memproses pengesahan pengguna; dan
  • menyediakan perkhidmatan Penalaan studio

(ii) Untuk mengoptimumkan, menambah baik dan membangun produk dan perkhidmatan semasa dan masa depan Aplikasi.

Kami menggunakan Data Terkumpul untuk mengoptimumkan, menambah baik Aplikasi, contohnya dengan membuat analisis penggunaan Aplikasi anda.

4. SIAPAKAH LAGI YANG MEMPUNYAI AKSES KEPADA DATA TERKUMPUL?

Data Terkumpul mungkin tersedia kepada Ahli Gabungan SONY dan pihak ketiga lain serta mereka yang anda pilih untuk berkongsi Data Terkumpul, seperti yang berikut:

(i) Ahli Gabungan SONY

Data Terkumpul boleh dikongsi dan digunakan oleh Ahli Gabungan SONY untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini.

(ii) Pembekal khidmat

SONY dan Ahli Gabungan SONY mungkin menggunakan pembekal khidmat pihak ketiga untuk memproses Data Terkumpul bagi pihak mereka untuk tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi. Pembekal khidmat pihak ketiga sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembekal khidmat IT dan pembekal pengehosan data.

(iii) Pemindahan perniagaan

Jika SONY atau Ali Gabungan SONY menjual atau memindahkan sebahagian atau semua peniagaannya, Data Terkumpul boleh dipindahkan oleh SONY atau Ahli Gabungan SONY sedemikian kepada entiti yang membeli atau yang memperoleh syarikat sebagai sebahagian daripada transaksi.

(iv) Pematuhan undang-undang dan perlindungan SONY dan lain-lain

SONY boleh mendedahkan Data Terkumpul jika dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan atau perintah, atau jika kami percaya dengan suci hati yang pendedahan diperlukan sewajarnya untuk kami melindungi atau menguatkuasakan hak, harta, keselamatan atau perlindungan diri kami atau orang lain, kepada pihak ketiga termasuk pihak berkuasa kerajaan dan pegawai penguatkuasaan undang-undang, dan juruaudit atau pakar runding luaran yang serupa seperti peguam dan penasihat cukai.

5. PENGEKALAN DATA

SONY akan menyimpan Data Terkumpul selama yang diperlukan bagi perhubungan dengan anda atau tujuan yang diterangkan dalam Bahagian 3, atau yang diperlukan untuk melindungi diri kami daripada tuntutan undang-undang, untuk menjalankan perniagaan kami atau setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, yang mungkin memerlukan kami menahan Data Terkumpul berkaitan untuk tempoh yang tertentu. Butiran tempoh pengekalan untuk setiap Data Terkumpul adalah seperti yang berikut;

(i) Tempoh pengekalan: Sehingga Sony menamatkan perkhidmatan Music Pro melalui Aplikasi.

Maklumat tentang data log masuk anda (untuk pengesahan pengguna) Aplikasi

  • Alamat e-mel
  • Nama Penuh Anda
  • ID Android

(ii) Tempoh pengekalan: 10 tahun dan 4 bulan daripada pembelian berkaitan.

Maklumat tentang pembelian data anda dalam Music Pro (untuk pengebilan):

  • Sejarah pembelian anda berkaitan pembelian Aplikasi melalui Google Play.

(iii) Tempoh pengekalan: Sehingga anda memuat naik trek bunyi yang berkaitan atau hingga 24 jam selepas selesainya Penalaan studio trek bunyi yang berkaitan.

Maklumat tentang data prestasi muzik (untuk menyediakan perkhidmatan Penalaan studio):

  • Trek bunyi (termasuk suara) yang anda muat naik melalui Aplikasi

(iv) Tempoh pengekalan: Selama 13 bulan dari rakaman log penggunaan.

Maklumat tentang sejarah penggunaan Aplikasi anda (untuk pengebilan dan penyediaan perkhidmatan Music Pro):

  • Log penggunaan anda (ini termasuk pilihan Penalaan studio yang dipilih)

(v) Tempoh pengekalan: Selama 13 bulan dari rakaman log penggunaan.

Maklumat tentang status penggunaan Aplikasi anda (untuk penambahbaikan Aplikasi)

  • Ralat semasa Penalaan studio
  • Pilihan Penalaan studio yang dipilih
  • Masa perkhidmatan diakses
  • Saiz fail bunyi yang dirakam
  • Sebab pengguna membatalkan penggunaan Aplikasi

6. PEMINDAHAN DATA TERKUMPUL DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Data Terkumpul mungkin dipindahkan menurut Bahagian 3 dan Bahagian 4 ke negara/rantau di luar negara/rantau kediaman anda, termasuk khususnya ke Jepun dan Amerika Syarikat, yang undang-undang privasinya mungkin tidak sekomprehensif seperti yang ada di negara/rantau anda.

7. KESELAMATAN

SONY Group menjalankan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya yang direka bentuk untuk memberikan perlindungan daripada akses yang tidak dibenarkan, kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan Data Terkumpul. Walaupun SONY GROUP berusaha untuk melindungi Data Terkumpul, SONY group tidak dapat menjamin atau mewajarkan keselamatan yang sepenuhnya bagi mana-mana Data Terkumpul yang dihantar ke SONY Group melalui Aplikasi atau gedung SONY Group pada sistemnya atau yang disimpan pada sistem pihak ketiga dalam Bahagian 4.

8. KANAK-KANAK

Aplikasi ini ditujukan kepada khalayak umum. Kami komited menghormati privasi kanak-kanak. Kami tidak akan mengumpulkan maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang terpakai) daripada sesiapa yang yang mengikut pengetahuan kami berumur di bawah 16 tahun atau di bawah umur dewasa yang setara dalam wilayah, kawasan atau negara/rantau, tanpa keizinan yang boleh disahkan daripada ibu bapa atau penjaga mereka. Jika anda ibu bapa atau penjaga dan berasa bimbang yang anak anda telah memberikan maklumat peribadi kepada kami tanpa keizinan anda, anda harus menghubungi kami seperti yang dinyatakan bawah.

9. PILIHAN DAN HAK ANDA

Anda boleh meminta akses, dan meminda/memadamkan Data Terkumpul yang telah kami tahan tentang anda. Dalam sesetengah kes, pilihan anda mengubah atau memadamkan maklumat yang anda sediakan mungkin menjejaskan keupayaan kami mengendalikan dan menyediakan Aplikasi dan perkhidmatan yang berkaitan kepada anda. Kami mungkin menolak pemprosesan permintaan yang terlalu tidak wajar/tidak praktikal atau yang tidak dikehendaki oleh undang-undang, khususnya untuk mengesan, mencegah atau mengurus ancaman keselamatan dan aktiviti yang dilarang dan melindungi atau menguatkuasakan hak, harta, keselamatan atau perlindungan diri kami dan orang lain.

10. PERUBAHAN

SONY boleh mengkaji semula Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan Dasar Privasi baharu di sini. SONY juga akan memaklumkan kepada anda tentang apa-apa perubahan material kepada Dasar Privasi ini dengan menyiarkan notis pindaan dengan jelas pada Aplikasi. Anda dinasihatkan agar sering merujuk kepada Dasar Privasi yang disiarkan untuk apa-apa perubahan.

11. MAKLUMAT HUBUNGAN

SONY, syarikat Jepun, ialah pengawal Data Terkumpul. Alamat SONY ialah 1-7-1 Konan Minato-ku, Tokyo, 108-0075 Japan.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan tentang Dasar Privasi ini, atau anda ingin menjalankan mana-mana hak undang-undang anda berkenaan Data Terkumpul, sila hubungi kami seperti yang berikut:

Bagi PENDUDUK KOREA:

Sony Corporation akan melantik wakil tempatan menurut peraturan tempatan Korea seperti yang berikut.

Nama: Sony Korea Corporation

Alamat: 24F, One IFC, 10 Gukjegeumyung-Ro, Yeongdeungpo-Gu, Seoul, Korea Maklumat hubungan: 02-1588-0911/sokprivacy@sony.co.kr

BAGI PENDUDUK DI NEGARA ATAU RANTAU LAIN:

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang cara kami memproses data anda, anda boleh mendapatkan butiran hubungan kami di bawah atau pada tapak web Syarikat Sony Group tempatan anda di:

Bagi Mexico, Amerika Tengah dan Selatan dan Caribbean:

Pejabat Privasi Wilayah Amerika Latin di https://www.sony-latin.com/locale-selector

Afrika dan Timur Tengah: https://www.sony-mea.com/en/locale-selector

Asia & Oseania: https://www.sony-asia.com/countryselector.html

Kemas kini terakhir dan Berkuat kuasa: [11 05, 2022]